Monday 21 April 2014

OUR KIT

Kit Module kami boleh didapati dalam bentuk cakera padat interaktif.





Kandungan cakera padat melibatkan:
  • Guru dan Kanak-kanak
    • Senarai aktiviti di kelas
    • Contoh Rancangan Pembelajaran Harian 
    • Video Tutorial
    • Lembaran Kerja

  • Ibu bapa dan kanak-kanak
    • Senarai aktiviti di rumah
    • Video Tutorial
    • Lembaran Kerja

  • Kanak-kanak
    • Video Cerita
    • Video Lagu Kanak-kanak
    • Permainan

Sekiranya anda berminat dengan produk kami, anda boleh hubungi kami:

KPAKK KID KIT 
0123456789 

atau

kpakkiece@gmail.com





Kesimpulan


IBU BAPA dan GURU mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan seorang kanak-kanak. Ini kerana orang dewasa di sekeliling mereka merupakan contoh teladan yang paling dekat untuk mereka mencontohi dan mengikut tingkah laku dan perbuatan yang sekaligus membina personaliti unik individu. 

Oleh itu, orang dewasa di sekeliling harus mewatakkan watak yang berkualiti dan bersahsiah.

IBU BAPA

IBU BAPA


*      Individu yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang telah berkahwin dan mempunyai ikatan yang sah disisi undang- undang Malaysia serta mempunyai anak hasil dari perkongsian hidup mereka.



PERANAN IBUBAPA

  • ·         Menjadi role model kepada anak- anak
  • ·         Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan
  • ·         Memberikan perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa
  • ·         Memberikan didikan agama dan moral
  • ·         Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
  • ·         Setiap ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain


GAYA ASUHAN

Gaya asuhan ibu bapa menurut Baumrind (1971) adalah terbahagi kepada tiga jenis, iaitugaya asuhan autoritatif, gaya asuhan autoritarian, gaya asuhan permisif. Ketiga-tiga gaya asuhan ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar mereka dapat memilih jenis gaya asuhan yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya tidak terlalu terikat kepada satu-satu gaya sahaja, malah sebaliknya mengamalkan pelbagai gaya mengikut keperluan mendisiplinkan anak-anak.


*      Gaya Asuhan Autoritatif

Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak anak mereka. Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggung jawab, dan mempunyai kompeten daripada aspek kognitif

*      Gaya Asuhan Autoritarian

Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan autoritarian pula mempunyai sifat kawalan yang tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk akan mempunyai ciri-ciri seperti berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, khuatir, pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah dan kurang motivasi untuk berdikari.

*      Gaya Asuhan Permisif

Gaya asuhan permisif pula adalah merujuk kepada ibu bapa mesra dan bertanggung
jawab, tetapi lemah dalam kawalan dan akan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung, mempunyai permintaan yang tinggi dan impulsif. 

Peranan Guru

GURU




DEFINISI GURU

Menurut bahasa Sanskrit, guru didefinasikan sebagai Gu iaitu penghapus manakala Ru merujuk kepada kegelapan. Gabungan dua patah perkataan ini membawa maksud guru sebagai penghapus kegelapan.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, guru ialah mereka yang menyampaikan ilmu dan mendidik.

TUGAS-TUGAS GURU

1.      Melengkapkan fail peribadi kanak-kanak dengan mengambil kira :
a)      Butiran ibu bapa
b)      No. telefon
c)      Alamat penuh
d)     Nama murid
e)      Tarikh lahir
f)       Tempat lahir
g)      No. Sijil kelahiran
h)      Agama
2.Mencatat perpindahan atau kemasukan baru murid dari masa ke semasa
3.Merekod semua wang kutipan di dalam sebuah fail
4.Mengemas kini  fail peribadi setiap kanak-kanak dari semasa ke semasa
5.Menanda kehadiran murid
6.Membuat penilaian kepada perkembangan kanak-kanak
7.Memastikan papan kenyataan di adalam kelas dimanfaatkan dengan sepenuhnya seperti mempamerkan jadual waktu, peraturan-peraturan sekolah, plan kebakaran
8.Mengajar kanak-kanak dengan memiliki kemahiran menghasilkan alat bantu mengajar yang kreatif
9.Membuat rancangan pengajaran harian  (RPH)
10.Membuat perjumpaan dengan ibu bapa kanak-kanak sekurang-kurangnya 3 kali setahun
11.Menghubungi ibu bapa sekiranya terdapat hal kecemasan mengenai anak mereka.
12.Menghias kelas supaya nampak lebih ceria dan menarik
13.Menghasilkan sudut-sudut pembelajaran yang kreatif seperti sudut bahasa, sudut sains dan kognitif dan lain-lain.
14.Membuat peraturan kelas
15.Memastikan kelas sentiasa kemas dan bersih.


CIRI-CIRI GURU YANG BAIK MENURUT MAXIM (1989)




n  Menyimpan rahsia
n  Tidak memilih kasih
n  Boleh menguasai diri
n  Sukakan kanak-kanak
n  Sayangkan kanak-kanak
n  Mempunyai sifat belas kasihan
n  Mempunyai sifat-sifat zuhud
n  Bersifat lemah lembut dan bersopan
n  Mempunyai sifat jenaka dan boleh ketawa
n  Mempertingkatkan sikap positif, elak yang keji
n Mengetahui berkenaan perkembangan kanak-kanak
n  Melayan kanak-kanak dengan penuh perhatian & kasih sayang






KEPENTINGAN

GURU


 Menambahkan pengetahuan guru untuk lebih memahami perkembangan dan keperluan bagi setiap individu kanak-kanak.

Menjelaskan tugas-tugas guru dengan lebih mendalam.

 Memberikan garis panduan untuk mendidik kanak-kanak.

 Melatih guru untuk menggunakan teknik pengajaran & pembelajaran yang berkesan dengan contoh-contoh yang diberikan




IBUBAPA

Memberikan pendedahan betapa pentingnya pendidikan awal kepada kanak-kanak.

 Membantu ibubapa untuk lebih memahami tugas guru sebagai pendidik anak-anak.

 Melatih ibubapa untuk mendidik anak-anak semasa di rumah.






KANAK-KANAK

Menambahkan lagi pengetahuan kanak-kanak dengan membuat aktiviti yang disediakan.

Memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar menggunakan CD.

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai pembelajaran video.





MATLAMAT MODUL KPAKK

MODULE INI DIHASILKAN BERMATLAMAT UNTUK :


Melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari aspek JERIS


Hal ini seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menuntut untuk melahirkan rakyat Malaysia yang harmonis, seterusnya mengenal pasti potensi kanak-kanak yang boleh dikembangkan seawal usia 4 hingga 5 tahun. Dengan cara ini kita dapat membantu mereka menceburi bidang yang mereka minati serta memberi dorong sekaligus meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. 


Memberi pendekatan secara efektif iaitu belajar sambil bermain.


Perkembangan kognitif kanak-kanak haruslah diasah agar ia dapat berkembang secara holistik. Kanak-kanak tidak boleh diberi tekanan. Oleh itu, modul ini dihasilkan untuk menarik minat kanak-kanak lebih bersemangat mempelajari sesuatu yang baru.

 Mencorak sahsiah dan peribadi kanak-kanak yang positif.


Melalui modul ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan cerita-cerita kanak-kanak yang bermoral. Melalui pengajaran dan penceritaan yang diterapkan, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari serta memahami nilai-nilai moral yang perlu diterapkan. 


Memberi idea berkenaan aktiviti untuk ibu bapa dan para pendidik untuk meluangkan masa berkualiti bersama kanak-kanak


Modul ini memudahkan ibu bapa untuk membuat aktiviti bersama anak-anak. Modul ini menyediakan aktiviti yang mudah dicetak serta mesra pengguna. 


OBJEKTIF MODULE KPAKK


OBJEKTIF KPAKK DARI ASPEKJASMANI, EMOSI, SOSIAL, INTELEK, DAN ROHANI (JERIS)





JASMANI
ü  Membina kecergasan badan
ü  Mempunyai tubuh badan yang sihat
ü  Memepraktikkan amalan kesihatan yang baik
ü  Mempraktikkan langkah- langkah menjaga keselamatan diri

EMOSI
ü  Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar
ü  Mempunyai kematangan emosi
ü  Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri

SOSIAL
ü  Berani menyuarakan pandangan dan perasaan
ü  Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
ü  Boleh bekerjasama secara  bersendirian dan berkumpulan
ü  Menghormati perasaan serta hak orang lain seterusnya memebentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya

ROHANI
ü  Meramalkan nilai- nilai murni
ü  Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan untuk memendidik agama islam
ü  Berkomunikasi menggunakan Bahasa melayu, Bahasa inggeris dan Bahasa pengantar dalam konteks kehidupan seharian

INTELEK
ü  Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas
ü  Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah
ü  Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif, inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
ü  Mengembangkan daya kreatif dan nilai estetika
ü  Menghargai keindahan alam dan warisan budaya





Pengenalan Module

APA ITU KPAKK??


Definisi KPAKK

  • KPAKK ialah akronim untuk Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak. 

  • Module ini bergarispandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum Permata.
Falsafah Pendidikan Negara

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Kurikulum Permata Negara



  • Module ini menyasarkan golongan ibu bapa, guru serta kanak-kanak berumur lingkungan 4-5 tahun.

  • Module ini menekanan pendekatan "Belajar sambil Bermain"