PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Menurut Kamus Dewan Edisi
Baru (1993), mendefinisikan pendidikan ialah perihal mendidik. Selain itu,
pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik,
didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berakar umbi daripada
perkataan ‘didik’ yang membawa maksud
ajar, bimbing, bentuk, dan asuh. Menurut perkataan Inggeris pula, pendidikan
adalah “Education” iaitu perkataan yang berasal daripada Latin “Educare” yang bermaksud mengasuh,
memelihara dan juga membimbing. Oleh itu, melalui definisi tersebut dapatlah
kita memahami pendidikan merupakan proses pertumbuhan ke arah yang lebih baik
bagi mencapai kesempurnaan akal, mental dan juga perkembangan jasmani.Menurut
Mok Soon Sang (1991), di dalam bukunya “Pendidikan di Malaysia” merumuskan
bahawa pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk
memperkembangkan fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta
menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat
memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan
mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri
serta masyarakat, bangsa dan negara. Menurut
Atan Long (1976-1978), di dalam bukunya yang bertajuk “Psikologi Pendidikan”
memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah
dikemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah Syed
Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia
secara menyeluruh dan seimbang. Menurut Najeemah Md. Yusuf (2006), pendidikan
ialah aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran serta kuasa-kuasa semula
jadi melalui pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi pendidikan formal dan
pendidikan bukan formal.
1. Menurut
National Association for the Education of Young Children (NAEYC) :
Pendidikan awal kanak-kanak mempunyai banyak
kepentingan. Antaranya ialah :
Pendidikan
Awal Kanak-kanak di Malaysia sebelum kemerdekaan merupakan pendidikan tidak
formal dan lebih kepada pendidikan agama dan bukan formal. Pendidikan Awal
Kanak-kanak formal di Malaysia mula berkembang pada Tahun 1950-an iaitu selepas
Perang Dunia Ke-dua.
Subscribe to:
Posts (Atom)
salam..share ya..jika ada lepsan spm yg minat nak masuk bidg PAKK ade program brsama UPSI-syarat 3 kredit..utk lebih info bole wsp 011-16930576
ReplyDeleteAssalamualaikum nak tanya, kalau lepasan Diploma Vokasional Malaysia boleh sambung degree dekat UPSI tak?
Deletekalau Berminat untuk sambung bahagia PAKK boleh Hubungi Dan ws 0103679890.
ReplyDeletePendidikan awal kanak memang penting.. Setuju.
ReplyDeletePendidikan awal Kanak2 penting utk menyediakan gnerasi masa depan yg berwibawa
ReplyDeleteboleh saya tahu siapa penulis blog ini dan tahun terbitannya ?
ReplyDeleteMasih ramai ibu bapa yang merasakan pendidikan kanak2 bermula pada usia 5-6 tahun bila mereka hantar anak ke sekolah.
ReplyDelete